15 tips untuk menjayakan azam - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah | TERATAK ANIQ BUKHARY

Tuesday, December 31, 2013

15 tips untuk menjayakan azam - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Di bawah ini ada 15 tips yang boleh dijadikan panduan untuk menjayakan azam tahun baru:
1. Doa sungguh-sungguh & bentuk GAMBARAN yang jelas tentang matlamat yang ingin di capai. Kita bertindak ikut GAMBAR yang terbentuk dalam minda.

2. Lakukan perubahan secara berpakej agar JADI ORG BARU yang mampu mencapai azam yang di bentuk. Berubah secara pakej = murnikan hati, positifkan minda, betulkan setiap tindakan, tingkatkan ibadah, mantapkan & luaskan jaringan hubungan, tingkatkan penampilan & bentuk tabiat baru yang +ve.

3. Berterusan cari ilmu & sentiasa berdamping dengan majlis ilmu.

4. Cari support group yang berwibawa yang mampu bantu & dorong kita.

5. Tingkatkan disiplin diri & buang sifat buruk yang boleh sabotaj usaha kita untuk berubah & capai azam yang di bentuk.

6. Bantu orang lain untuk capai azam mereka & Allah akan bantu kita untuk capai azam kita.

7. Lakukan amalan baru selama 40 hari agar menjadi TABIAT.


8. Cari keberkatan REZKI (kerja rajin kerana nak dapat rezki yang halal & redha Allah), ILMU (fahami, hayati, amalkan, dakwahkan & doakan guru) & MASA (ada masa untuk kegiatan duniawi & ada masa untuk amalan akhirat).

9. Bentuk modus operandi (rangka tindakan) yang jelas & praktikal.

10. Cari mentor/ penasihat yang dapat di rujuk bila ada masalah berkaitan azam yang ingin di capai.

11. Mesti seronok dengan perubahan yang di lakukan & azam yang ingin di capai. tanpa keceriaan, sukar untuk berjaya!

12. Serasikan niat, doa, fikiran, lisan, tindakan & persekitaran untuk capai kejayaan. Jika ada yang bertelagah, akan terbantut azam!

13. Jangann fikir langsung tentang kegagalan. In sya Allah takkan gagal!!!

14. Nilai pencapaian pada setiap tahap & lakukan penyesuaian mengikut keperluan agar tak terbantut azam.

15. Setelah mencuba yang terbaik, bertawakkal kepada Allah.

P/s: Semoga azam tahun baru kita kali ini terlaksana. Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.

Dipetik daripada laman facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

No comments:

Post a Comment